- Masjid Qiblatayn telah dibina oleh Bani Sawad bin Ghanam bin Ka'b dari Bani Salama dari suku Al-Khazraj. Masjid ini merupakan antara tiga masjid terawal yang telah dibina pada zaman Rasullulah s.a.w.
- Diriwayatkan, Bani Salama telah memohon kepada Rasullulah s.a.w untuk menempatkan diri mereka berdekatan dengan Masjid Nabawi, namun Rasullulah s.a.w kemudiannya mengarahkan, "Ya Bani Salam, tetaplah di rumahmu! Nescaya kesanmu bakal terasa."
- Genap pada 15 Syaaban, dua tahun selepas Hijrah, Rasullulah s.a.w menerima wahyu untuk mengalih kiblat daripada menghadap Masjidul Aqsa ke Makkah Al-Mukarammah.
- Pada waktu tersebut, Rasullulah s.a.w sedang mengimamkan solat zuhur. Sejurus selepas menyempurnakan dua rakaat, Baginda menerima wahyu untuk mengalihkan pandangan kiblatnya ke arah Makkah.
Post a Comment