Sekilas Sejarah
- Jabal Tsur dapat diterjemahkan secara harfiah sebagai Gunung Kerbau. Gunung Tsur mendapat nama tersebut atas dasar bentuknya yang seperti tubuh kerbau.
- Jabal Tsur menempatkan sebuah Gua yang telah dijadikan perlindungan buat Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar r.a dari kaum Quraisy sewaktu Rasullulah s.a.w berhijrah ke Madinah. Kaum Quraisy walau bagaimanapun bertekad untuk menghalang Rasullulah s.a.w daripada mencemar nama mereka dan menyebarkan Islam ke luar Makkah, lantaran cuba untuk membunuh Baginda.
- Terdesak, Rasullulah s.a.w dan Abu Bakar r.a memasuki Gua Tsur atas petunjuk Malaikat Jibril a.s. Mereka telah bermalam di sana selama tiga hari tiga malam.
Peristiwa Persembunyian di Gua Tsur
- Kaum Musyrikin Quraisy telah merancang untuk membunuh Rasullulah s.a.w pada waktu Malam. Mereka khuatir sekiranya Rasullulah s.a.w akan ke Madinah dan menjejas hubungan mereka dengan masyarakat Arab lainnya selain memberi kesan buruk terhadap perdagangan mereka dengan Syams.
- Rasullulah s.a.w pada waktu itu masih lagi menetap di Mekah sedangkan segenap umat Islam telahpun keluar daripada bandar Mekah. Baginda telah menangguh penghijrahannya sambil menantikan wahyu daripada Tuhan untuk berhijrah. Sejurus selepas menerima wahyu, Baginda telah ke rumah Abu Bakar r.a yang telahpun awalnya mempersiapkan diri untuk penghijrahan tersebut. Baginda telah memilih untuk menggunakan jalan di luar kebiasaan Baginda di samping berangkat pada waktu yang serupa.
- Pada malam itu, sekumpulan pemuda Quraisy telah mengepung rumah Rasullulah s.a.w untuk memastikan Baginda tidak dapat melarikan diri. Baginda sebaliknya telah mengarahkan kepada Saidina Ali r.a untuk mengambil tempatnya dan tidur di atas katilnya sambil mengenakan jubah (mantle) hijaunya.
- Pemuda-pemuda Quraisy yang mengepung rumah Rasullulah s.a.w terpedaya dan tidak menyedari bahawa Rasullulah s.a.w sudahpun keluar menuju ke rumah Abu Bakr r.a. Mereka kemudiannya telah berjalan menuju ke gua Tsur.
- Persembunyian mereka di gua Tsur hanya diketahui Abdullah b. Abu Bakr, Aisyah, Asma
dan pembantu mereka 'Amir b.
Fuhaira r.a.
- Sementara itu, pihak Quraisy sedang bersungguh-sungguh dalam mencari Rasullulah s.a.w. Rasullulah s.a.w redha dan pasrah akan masa hadapannya dan meletakkan segala nasib dan harapannya kepada Allah swt sementara Abu Bakar r.a memasang telinga untuk berjaga-jaga akan sebarang ancaman.
- Gunung Tsur sewaktu itu sudahpun sedia dikerumuni para pemuda Quraisy yang berusaha untuk mencari Rasullulah s.a.w. Bahkan, mereka
telahpun diberikan petunjuk oleh seorang penggembala yang menyatakan kemungkinan Rasullulah s.a.w dan Abu Bakar r.a berada di dalam gua Tsur.
- Namun, gua tersebut telahpun dilindungi sarang labah-labah di muka pintu gua serta dua ekor burung di lubang dua tersebut. Quraisy daripada itu meyakini kemungkinan bahawa gua tersebut tidak berpenghuni.
- Meskipun dalam hal demikian, Rasullulah s.a.w masih bersungguh-sungguh dalam berdoa sedangkan Abu Bakar r.a.
kian ketakutan. Rasullulah s.a.w sekadar berbisik di telinganya, "Janganlah bersedih. Tuhan
bersama kita."
- Dalam riwayat yang berasingan pula, Abu Bakar r.a. terasa seolah-olah persembunyian mereka pasti diketahui golongan Quraisy. Beliau
yakin bahawa persembunyian mereka pasti
akan diketahui seandainya golongan Quraisy memandang ke bawah. Rasullulah s.a.w walau bagaimanapun menjawab, "Bagaimanakah kau
boleh merasa gelisah dengan diri kita berdua sedangkan yang ketiga itu Allah?"
- Peristiwa pertolongan Allah SWT serta persembunyian Rasulullah Muhammad SAW dan Abu Bakar di Gua Tsur diabadikan melalui firmah Allah SWT dalam Surat At-Taubah ayat 40.
Ayat itu berbunyi:
{إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ} [التوبة: 40]
”Bila kamu tidak mau menolong Rasul, maka Allah SWT telah menjamin menolongnya ketika orang-orang kafir mengusirnya berdua dengan sahabatnya. Ketika keduanya berada dalam gua, dia berkata kepada sahabatnya: ”Janganlah engkau berduka cita, karena Allah SWT bersama kita.” Lalu Allah SWT menurunkan ketenangan hati (kepada Muhammad) dan membantu-nya dengan pasukan-pasukan yang tiada tampak olehmu. Dijadikan-Nya kepercayaan orang-orang kafir paling rendah dan agama Allah SWT menduduki tempat teratas. Sesungguhnya Allah SWT Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS At-Taubah / 40)
Posted by
Admin
02:47