- Masjid dan benteng Khandaq merupakan peninggalan daripada perang Khandaq (perang Ahzab) yang secara harfiahnya dapat diterjemahkan sebagai 'Perang Parit'.
- Peperangan tersebut dinamakan sedemikian bersempenakan cadangan Salman Al-Farisi r.a yang telah mengemukakan cadangan untuk mengelilingi kawasan kubu Islam dengan sebuah parit yang besar.
- Strategi sedemikian diperlukan memandangkan Islam sedang berhadapan dengan jumlah tentera yang paling besar dalam peperangan waktu itu, yakni sekitar 10,000 orang dari Bani Nadhir, Kaum Badui Ghatafan, dan Quraisy.
- Saat ini bekas-bekas peninggalan perang Khandaq yang ada hanyalah lima buah masjid. Masjid di tempat itu sekarang dikenal dengan nama Masjid Sab’ah (Masjid Tujuh) atau Masjid Khamsah.
- Masjid Al-Sab'ah (Masjid Tujuh) terletak di kawasan Jabal Sila' yang terletak di sebelah barat laut Madinah. Walaupun dikenali dengan nama Masjid Tujuh, hanya sebuah masjid sahaja yang berfungsi di kawasan itu, iaitu Masjid al-Fatah.
- Masjid tersebut dinamakan sedemikian bersempenakan sahabat Rasullulah s.a.w yang memaklumkannya akan khabar gembira berkenaan Bani Qurayzah Yahudi. Baginda bersabda yang bermaksud: "Bergembiralah dengan al-Fath (pembukaan kota-kota) dan al-Nasr (kemenangan) daripada Allah."
- Pada tahun 627 M, apabila Quraisy dan sekutu mereka mengepung Madinah dalam Perang Khandaq, Bani Quraizah melanggar perjanjian mereka dengan orang Islam dan berkomplot dengan pihak Quraisy untuk mengkhianati tentera Islam. Ikutan itu, kaum Quraizah dikepung oleh orang Islam. Bani Quraizah akhirnya dikalahkan dalam pengepungan itu dan menyerah diri.
- Diriwayatkan ketika tentera muslimin berada dalam keadaan tertekan akibat dikepung tentera Ahzab serta berhadapan dengan 'gunting dalam selimut, Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat dan berdoa di situ selama tiga hari berturut iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.
- Antara yang dipohon Rasulullah SAW ke hadrat Allah ialah: "Ya Allah! Tuhan yang menurunkan kitab dan Tuhan yang menggerakkan awan, kalahkanlah mereka dan berilah pertolongan kepada kami untuk menghancurkan mereka."
- Permohonan doa Rasulullah SAW diperkenankan Allah pada hari Rabu. Pada malamnya, Allah menghantarkan angin kencang yang memusnahkan khemah dan peralatan tentera al-Ahzab. Keadaan itu memaksa pihak lawan menyerah kalah dan segera berundur pulang ke tempat masing-masing.
- Selain Masjid Al-Fatah, antara masjid-masjid lain yang dibina di daerah yang sama merupakan Masjid Saidina Umar al-Khattab, Masjid Abu Bakar, Masjid Utsman, Masjid Saidina Ali ibn Abi Talib, Masjid Salman al-Farisi, Masjid Saidatina Fatimah al-Zahra'.
- Perang Khandaq terjadi pada bulan Syawal, 5 Hijriyah serta turut dikenali sebagai Perang Ahzab.
- Peperangan tersebut antaranya menyaksikan penggunaan strategi yang tidak pernah digunakan oleh tentera Islam dalam kaedah peperangan sebelumnya. Idea tersebut merupakan hasil perbincangan sebuah majlis syura serta disuarakan Salman Al-Farisi.
- Sebelum serangan dimulai, Rasulullah s.a.w bersama barisan tentera Muslim yang lainnya menggali parit bersama-sama. Setiap 10 orang kaum Muslimin harus menggali parit sepanjang 40 meter. Hasilnya, secara usaha sama, umat muslim mengambil masa 10 hari untuk menggali parit sepanjang 5.5 km, berukuran lebar 4.6 meter dan kedalaman lebih 3 meter.
- Parit tersebut memanjang dari utara ke selatan dan menjadikan Jabal as-Sila’ sebagai benteng pertahanan.
- Saat peperangan tersebut terjadi, tidak ada satupun pasukan berkuda kaum Quraisy yang mampu melewati parit tersebut kerana saiznya yang lebar dan dalam.
- Dek strategi yang digunakan, hanya pasukan pemanah sahaja yang dapat digunakan secara efektif. Sementara itu, perang tersebut turut menyaksikan perlawanan satu lawan satu Ali bin Abi Talib dengan Amr bin Abdu Wudd.
- Hanya enam orang Muslim yang menjadi syuhada dalam peperangan tersebut manakala tentera lawan kehilangan 12 orang.
Post a Comment