- Jabal Nur merupakan gunung di daerah Hijjaz, Mekah. Gunung tersebut merupakan antara tarikan pelancongan di Mekah.
- Jabal Nur mengandungi Gua Hira, yakni tempat pertama Rasullulah s.a.w telah menerima wahyu daripada Allah s.w.t lewat Malaikat Jibril a.s.
- Masa yang diambil untuk mendaki ke gua tersebut adalah sekitar 2 jam.
- Rasullulah s.a.w dikatakan telah menerima banyak mimpi-mimpi yang indah dan menenangkan selama enam bulan sebelum menerima wahyu pertama. Antaranya termasuklah mimpi bahawa batu-batu di Mekah telah memberikan salam kepadanya.
- Rasullulah s.a.w gemar ke gua tersebut untuk bersendiri untuk bertahannuts atau uzlah. Tahannuts bererti mengasingkan diri untuk mensucikan diri kepada Ilahi. Baginda turut melakukan hal tersebut untuk bermuhasabah diri dan menjauhi amalan-amalan Jahiliyah seperti meminum arak, berjudi dan sebagainya.
- Sejurus selepas itu, seandainya Baginda terpaksa pulang untuk mencari makan dan minuman, Baginda akan bertawaf di Kaaba sebanyak tujuh pusingan sebelum pulang.
Post a Comment