- Gunung Uhud dapat diterjemahkan secara harfiah sebagai 'Gunung Tunggal'. Hal ini disebabkan gunung tersebut berdiri secara terasing daripada gunung-gunung lain.
- Gunung Uhud terbentuk dari batu granit warna merah sepanjang tujuh kilometer dan mempunyai kelebaran hampir tiga kilometer. Gunung ini adalah gunung terbesar dan tertinggi di Madinah. Di kaki gunung, bahagian selatan terdapat pemakaman para syuhada daripada peperangan Uhud. Salah satu daripada sahabat yang telah dimakamkan di situ adalah Hamzah bin Abdul Muthalib, iaitu pakcik dan adik beradik susuan Nabi Muhammad s.a.w.
- Gunung Uhud berdiri di sebelah utara Madinah.
- Gunung tersebut menjadi saksi terhadap peristiwa perang Uhud, yakni perang kedua antara golongan Muslim dan Mekah Jahilliyah. Peperangan tersebut telah mengambil tempat pada 7 Syawal 3 Hijrah.
- Perang Uhud berlaku sebagai serang balas tentera Mekah yang tidak berpuas hati atas kekalahan mereka dalam peperangan sebelumnya, yakni Perang Badar.
- Mekah telah mengumpulkan seramai 3000 prajurit untuk menentang tentera Islam yang hanya mempunyai sekitar 1000 orang.
- Tentera Mekah telah memilih untuk bertempur di Gunung Uhud bagi mengelakkan diri mereka terpaksa berhadapan dengan benteng pertahanan yang lebih kuat di kota Madinah.
- Tentera Islam pada awalnya menguasai peperangan dan berjaya menawan beberapa kem peperangan golongan Mekah. Sayangnya walau bagaimanapun, sikap tamak haloba mula menguasai sebahagian daripada tentera Islam yang meninggalkan tempat mereka untuk meraih harta peperangan dari kem-kem Mekah.
- Perihal tersebut kemudiannya dikuasai semula oleh tentera berkuda Mekah yang dikepalai Khalid ibn Walid r.a yang pada waktu tersebut belum memeluk agama Islam. Ramai tentera Islam yang syahid . Rasullulah s.a.w sendiri cedera parah. Tentera Islam kemudiannya undur menaiki gunung Uhud sementara tentera Mekah pulang ke Mekah sambil meraih kemenangan.
Post a Comment