- Miqat Ja'ranah adalah nama sebuah perkampungan Wadi Saraf (lembah Saraf) yang dikelilingi bukit-bukit batu.
- Masjid ini terletak sekitar 25km dari Mekah dan boleh menampung sekitar 1000 jemaah untuk solat. Atas jaraknya yang dekat dengan Makkah, Masjid Ja'ranah digunakan para penduduk Mekah sebagai miqat.
- Rasullulah s.a.w telah bermiqat dari sini untuk melakukan umrahnya yang ketiga. Seseparuh ulama menganggap miqat ini mempunyai kelebihan khusus berbanding miqat-miqat yang lain kerana Rasullulah s.a.w telah bermukim di sini selama 13 hari dan berihram dari Miqat Ja'ranah.
- Ulama-ulama Mazhab Syafie kebanyakannya sepakat bahawa Miqat Ja'ranah merupakan miqat yang paling afdal. Ini berdasarkan Kitab al-Idoh Fi Manasiki al-Hajj karangan Imam Nawawi r.a yang menyebutkan :“Lebih utama bagi orang yang berada di tanah Halal, miqatnya dari al-Ja’ranah, kerana Nabi berumrah darinya. Kemudian Tan’im kerana sesungguhnya Nabi memerintahkan Aisyah r.a.agar berumrah darinya . Kemudian al-Hudaibiyah, kerana sesungguhnya Nabi ketika akan memasuki kota Makkah untuk berumrah, beliau memulai darinya.”
Imam al-Fasi mengatakan, “ Ja’ranah adalah miqat paling tepat bagi penduduk Makkah memandangkan Nabi pernah berihram dari tempat ini.” Hal ini disepakati ulama-ulama muktabar Imam Malik, Imam Syfi’i serta Imam Hambali.
- Ulama-ulama Mazhab Syafie kebanyakannya sepakat bahawa Miqat Ja'ranah merupakan miqat yang paling afdal. Ini berdasarkan Kitab al-Idoh Fi Manasiki al-Hajj karangan Imam Nawawi r.a yang menyebutkan :“Lebih utama bagi orang yang berada di tanah Halal, miqatnya dari al-Ja’ranah, kerana Nabi berumrah darinya. Kemudian Tan’im kerana sesungguhnya Nabi memerintahkan Aisyah r.a.
Imam al-Fasi mengatakan, “ Ja’ranah adalah miqat paling tepat bagi penduduk Makkah memandangkan Nabi pernah berihram dari tempat ini.” Hal ini disepakati ulama-ulama muktabar Imam Malik, Imam Syfi’i serta Imam Hambali.
- Diriwayatkan dari Ibbu Abbas r.a : Rasulallah s.a.w melakukan umrah sebanyak 4 kali dalam hidupnya yakni, Umrah Hudaibiyah, Umrah Qada’, umrah yang dilakukannya dari Ja'ranah sepulangnya daripada perang Hunain, dan umrah sewaktu melakukan Haji Wada’.
- Daerah miqat ini turut pernah menjadi saksi akan pertemuan antara Rasullulah s.a.w dengan ibu susuannya, Halimatus Sa'diah r.a. Dalam kitab Sunan Abu Daud, diriwayatkan dari Abu Thufail : "Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w sedang membahagikan daging di Ja'ranah. Tiba-tiba seorang wanita menghampiri Rasulullah s.a.w. Baginda kemudiannya menghamparkan mantelnya untuk wanita itu yang kemudiannya duduk di atasnya. Lalu aku bertanya, siapakah wanita itu? para sahabat menjawab, "Ia adalah ibu Rasulullah s.a.w yang pernah menyusuinya"
Post a Comment