- Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis ataupun 'Al-Haram Asy-Sharif' merupakan sebahagian daripada tiga masjid utama dalam Islam.
- Masjidil Aqsa turut dipandang sebagai tanah yang suci bagi orang Yahudi dan Kristian.
- Rasullulah s.a.w pernah diangkat ke Sidratul Muntaha dari Baitul Maqdis setelah sebelumnya dibawa dari Masjid Al-Haram di Mekah ke Al-Aqsa dalam peristiwa Isra’ Mi’raj.
- Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi orang Islam sebelum dipindahkan ke Mekah al-Mukarammah. Dalam hal ini, Masjidil Aqsa pada peristiwa Isra’ Mi’raj dalam Al-Qur’an (Surah Al-Isra’ ayat 1) meliputi seluruh kawasan Al-Haram Asy-Syarif.
- Terdapat pelbagai masjid di seluruh perkarangan Al-Haram Asy-Syarif. Selain Masjidil Aqsa sebagaimana yang sedia diketahui, masjid-masjid lain di daerah tersebut turut mempunyai kelebihan tersendiri. Antaranya ialah Masjid Qibla, Kubatus Sakhra, Masjid Buraq, dan Masjid Marwani. Menurut Imam Ibn Taymiyyah r.a. :
"Masjidil Aqsa merupakan nama yang merujuk kepada seluruh kawasan masjid yang dibina (Nabi) Sulaiman a.s. Sesetengah orang menggunakan istilah sama bagi merujuk kepada masjid yang dibina oleh (Saidina) Umar ibn Khattab r.a di hadapan daerah ini..Sewaktu Umar bertanya kepada Ka'ab dimanakah tempat membina masjid untuk kaum muslimin, Ka'ab menjawab di sebalik batu. Umar menyatakan "Tidak, Aku akan membinanya di hadapan batu ini kerana kita selalu solat di hadapan masjid. Atas dasar itu, apabila para Imam masuk ke perkarangan Masjid (ini), mereka akan mengumpulkan jemaah dan mengimamkan solat di masjid yang dibina Umar r.a."
- Masjidil Aqsa menjadi tapak pemakaman bagi segenarap para Nabi dan Sahabat Rasullulah s.a.w. Antaranya termasuklah makam Nabi Sulaiman a.s dan (menurut beberapa riwayat), Salman Al-Farisi r.a.
- Masjidil Aqsa pernah dikotori sampah apabila kerajaan Romawi menjadikan Masjidil Aqsa tempat pembuangan sampah. Saidina Umar r.a walau bagaimanapun telah membersihkan sampah-sampah tersebut dan menjemput kembali kaum Yahudi untuk kembali tinggal di kota Jerusalem.
- Imam Ghazzali r.a banyak menghabiskan masanya di Masjidil Aqsa dan menulis Kitab Ihya Ulumuddin di situ.
- Tanggapan bahawa gambaran-gambaran tentang Masjid Aqsa yang lazimnya menampilkan Kubatus Sakhra atas usaha mengaburi mata masyarakat Islam tentang penempatan sebenar Masjidil Aqsa adalah kurang tepat. Kubatus Sakhra sebenarnya terletak di pertengahan perkarangan Masjidil Aqsa dan malah lebih dihargai masyarakat Yahudi sebagai 'Temple Mount'. Tanggapan bahawa perihal tersebut sengaja dilakukan untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap 'Masjidil Aqsa yang sebenar' adalah kurang tepat.
Post a Comment