- Bangunan Kubatus Sakhra sebagaimana yang dapat diperhatikan kini dibangunkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan pada zaman Ummayad sekitar tahun 687-691.
- Masjid tersebut menempatkan batu yang digunakan Rasullulah s.a.w sebagai pelantar sebelum baginda naik ke syurga. Batu tersebut diriwayatkan turut ingin naik ke syurga bersama Rasullulah s.a.w namun dihentikan oleh Malaikat Jibril a.s.
- Salah satu pendapat yang masyhur dalam kalangan jemaah Singapura ialah batu tersebut merupakan batu syurga, lantaran terdapat keberkahan dalam menunaikan solat di batu tersebut. Pendapat tersebut walau bagaimanakan kurang dibincangkan oleh para ulama masyhur.
Menurut Imam Ibn' Arabi ketika membincangkan kitab al-Muwatta' oleh Imam Malik menyebutkan :
"Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi." "Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya." "Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain."
- Kubatus Sakhra sudah beberapa kali diubah dan dibaik pulih. Pemulihan yang terbesar berlaku pada zaman Sultan Sulaiman (1520-1566) dari kerajaan Uthmaniyyah. Baginda telah mengarahkan agar batu mosaic yang awalnya melapisi bangunan dilapisi dengan batu ceramic gelas.
- Permukaan bangunan sebagaimana yang dilihat sekarang walau bagaimanapun telah ditambah pada 1968. Kubah masjid Kubatus Sakhra buat pertama kalinya turut dilapisi dengan warna emas. Namun demikian, kubah yang dilihat sekarang terakhir sekali dilapisi dengan emas pada 1993 dan kini berada pada penjagaan wakaf Raja negara Jordan.
Post a Comment