Featured Post Today
print this page
Latest Post

Jabal Uhud



Sekilas Sejarah 


- Gunung Uhud dapat diterjemahkan secara harfiah sebagai 'Gunung Tunggal'. Hal ini disebabkan gunung tersebut berdiri secara terasing daripada gunung-gunung lain.


Gunung Uhud terbentuk dari batu granit warna merah sepanjang tujuh kilometer dan mempunyai kelebaran hampir tiga kilometer. Gunung ini adalah gunung terbesar dan tertinggi di Madinah. Di kaki gunung, bahagian selatan terdapat pemakaman para syuhada daripada peperangan Uhud. Salah satu daripada sahabat yang telah dimakamkan di situ adalah Hamzah bin Abdul Muthalib, iaitu pakcik dan adik beradik susuan Nabi Muhammad s.a.w.


- Gunung Uhud berdiri di sebelah utara Madinah.


- Gunung tersebut menjadi saksi terhadap peristiwa perang Uhud, yakni perang kedua antara golongan Muslim dan Mekah Jahilliyah. Peperangan tersebut telah mengambil tempat pada 7 Syawal 3 Hijrah. 


Peristiwa Perang Uhud

- Perang Uhud berlaku sebagai serang balas tentera Mekah yang tidak berpuas hati atas kekalahan mereka dalam peperangan sebelumnya, yakni Perang Badar.

- Mekah telah mengumpulkan seramai 3000 prajurit untuk menentang tentera Islam yang hanya mempunyai sekitar 1000 orang.

- Tentera Mekah telah memilih untuk bertempur di Gunung Uhud bagi mengelakkan diri mereka terpaksa berhadapan dengan benteng pertahanan yang lebih kuat di kota Madinah.
- Tentera Islam pada awalnya menguasai peperangan dan berjaya menawan beberapa kem peperangan golongan Mekah. Sayangnya walau bagaimanapun, sikap tamak haloba mula menguasai sebahagian daripada tentera Islam yang meninggalkan tempat mereka untuk meraih harta peperangan dari kem-kem Mekah. 
- Perihal tersebut kemudiannya dikuasai semula oleh tentera berkuda Mekah yang dikepalai Khalid ibn Walid r.a yang pada waktu tersebut belum memeluk agama Islam. Ramai tentera Islam yang syahid. Rasullulah s.a.w sendiri cedera parah. Tentera Islam kemudiannya undur menaiki gunung Uhud sementara tentera Mekah pulang ke Mekah sambil meraih kemenangan.
0 comments

Jabal Tsur


Sekilas Sejarah

- Jabal Tsur dapat diterjemahkan secara harfiah sebagai Gunung Kerbau. Gunung Tsur mendapat nama tersebut atas dasar bentuknya yang seperti tubuh kerbau.

- Jabal Tsur menempatkan sebuah Gua yang telah dijadikan perlindungan buat Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar r.a dari kaum Quraisy sewaktu Rasullulah s.a.w berhijrah ke Madinah. Kaum Quraisy walau bagaimanapun bertekad untuk menghalang Rasullulah s.a.w daripada mencemar nama mereka dan menyebarkan Islam ke luar Makkah, lantaran cuba untuk membunuh Baginda.

- Terdesak, Rasullulah s.a.w dan Abu Bakar r.a memasuki Gua Tsur atas petunjuk Malaikat Jibril a.s. Mereka telah bermalam di sana selama tiga hari tiga malam.

Peristiwa Persembunyian di Gua Tsur

- Kaum Musyrikin Quraisy telah merancang untuk membunuh Rasullulah s.a.w pada waktu Malam. Mereka khuatir sekiranya Rasullulah s.a.w akan ke Madinah dan menjejas hubungan mereka dengan masyarakat Arab lainnya selain memberi kesan buruk terhadap perdagangan mereka dengan Syams.

- Rasullulah s.a.w pada waktu itu masih lagi menetap di Mekah sedangkan segenap umat Islam telahpun keluar daripada bandar Mekah. Baginda telah menangguh penghijrahannya sambil menantikan wahyu daripada Tuhan untuk berhijrah. Sejurus selepas menerima wahyu, Baginda telah ke rumah Abu Bakar r.a yang telahpun awalnya mempersiapkan diri untuk penghijrahan tersebut. Baginda telah memilih untuk menggunakan jalan di luar kebiasaan Baginda di samping berangkat pada waktu yang serupa.

- Pada malam itu, sekumpulan pemuda Quraisy telah mengepung rumah Rasullulah s.a.w untuk memastikan Baginda tidak dapat melarikan diri. Baginda sebaliknya telah mengarahkan kepada Saidina Ali r.a untuk mengambil tempatnya dan tidur di atas katilnya sambil mengenakan jubah (mantle) hijaunya.

- Pemuda-pemuda Quraisy yang mengepung rumah Rasullulah s.a.w terpedaya dan tidak menyedari bahawa Rasullulah s.a.w sudahpun keluar menuju ke rumah Abu Bakr r.a. Mereka kemudiannya telah berjalan menuju ke gua Tsur.

- Persembunyian mereka di gua Tsur hanya diketahui Abdullah b. Abu Bakr, Aisyah, Asma dan pembantu mereka 'Amir b. Fuhaira r.a.

- Sementara itu, pihak Quraisy sedang bersungguh-sungguh dalam mencari Rasullulah s.a.w. Rasullulah s.a.w redha dan pasrah akan masa hadapannya dan meletakkan segala nasib dan harapannya kepada Allah swt sementara Abu Bakar r.a memasang telinga untuk berjaga-jaga akan sebarang ancaman.

- Gunung Tsur sewaktu itu sudahpun sedia dikerumuni para pemuda Quraisy yang berusaha untuk mencari Rasullulah s.a.w. Bahkan, mereka telahpun diberikan petunjuk oleh seorang penggembala yang menyatakan kemungkinan Rasullulah s.a.w dan Abu Bakar r.a berada di dalam gua Tsur.

- Namun, gua tersebut telahpun dilindungi sarang labah-labah di muka pintu gua serta dua ekor burung di lubang dua tersebut. Quraisy daripada itu meyakini kemungkinan bahawa gua tersebut tidak berpenghuni.

- Meskipun dalam hal demikian, Rasullulah s.a.w masih bersungguh-sungguh dalam berdoa sedangkan Abu Bakar r.a. kian ketakutan. Rasullulah s.a.w sekadar berbisik di telinganya, "Janganlah bersedih. Tuhan bersama kita."

- Dalam riwayat yang berasingan pula, Abu Bakar r.a. terasa seolah-olah persembunyian mereka pasti diketahui golongan Quraisy. Beliau yakin bahawa persembunyian mereka pasti akan diketahui seandainya golongan Quraisy memandang ke bawah. Rasullulah s.a.w walau bagaimanapun menjawab, "Bagaimanakah kau boleh merasa gelisah dengan diri kita berdua sedangkan yang ketiga itu Allah?"

- Peristiwa pertolongan Allah SWT serta persembunyian Rasulullah Muhammad SAW dan Abu Bakar di Gua Tsur diabadikan melalui firmah Allah SWT dalam Surat At-Taubah ayat 40. Ayat itu berbunyi:

{إِلَّا تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ} [التوبة: 40]

”Bila kamu tidak mau menolong Rasul, maka Allah SWT telah menjamin menolongnya ketika orang-orang kafir mengusirnya berdua dengan sahabatnya. Ketika keduanya berada dalam gua, dia berkata kepada sahabatnya: ”Janganlah engkau berduka cita, karena Allah SWT bersama kita.” Lalu Allah SWT menurunkan ketenangan hati (kepada Muhammad) dan membantu-nya dengan pasukan-pasukan yang tiada tampak olehmu. Dijadikan-Nya kepercayaan orang-orang kafir paling rendah dan agama Allah SWT menduduki tempat teratas. Sesungguhnya Allah SWT Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS At-Taubah / 40)














0 comments

Jabal Rahmah (Arafah)


Sekilas Sejarah

- Jabal Rahmah terletak di tepi padang Arafah, yakni tempat para jemaah Haji melakukah ibadah wukuf pada tanggal 9 Dzulhijjah.

- Merupakan tempat bertemunya Nabi Adam a.s dan Hawa. Tugu putih di atas bukit merupakan tanda peringatan bagi titik pertemuan mereka.

- 'Rahmah' secara harfiahnya bererti 'kasih sayang' serta dinamakan bersempena kisah yang masyhur dalam kalangan umat Islam, yakni pertemuan antara Nabi Adam a.s dan Hawa yang telah berpisah tatkala dicampakkan ke bumi.

- Paras ketinggiannya sebanyak 70 meter dan harus didaki lewat batu-batuan yang tidak tersusun.

- Tempat Rasullulah s.a.w menerima wahyu terakhirnya sebagai tanda lengkapnya agama Islam, yakni "الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمْ فَلاَ تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الأِسْلاَمَ دِيناً" (Surah Al-Maaidah, ayat 3)

(Alyawma ya-isa allathena kafaroo min deenikum fala takhshaw-hum waikhshawnil yawma akmaltu lakum deenakum waatmamtu 'aalaykum ni'matee waradeetu lakumu alislama deenan)

“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu”

Kelebihan 

- Tidak terdapat sebarang tuntutan khusus untuk menaiki Jabal Rahmah sebagaimana amalan Rasullulah s.a.w yang sendiri tidak berwukuf di atas puncak Jabal Rahmah. 

- Tidak diriwayatkan sebarang kelebihan khusus dalam beribadah di Jabal Rahmah.

0 comments

Masjid Qiblatayn


Sekilas Sejarah

- Masjid Qiblatayn telah dibina oleh Bani Sawad bin Ghanam bin Ka'b dari Bani Salama dari suku Al-Khazraj. Masjid ini merupakan antara tiga masjid terawal yang telah dibina pada zaman Rasullulah s.a.w. 

- Diriwayatkan, Bani Salama telah memohon kepada Rasullulah s.a.w untuk menempatkan diri mereka berdekatan dengan Masjid Nabawi, namun Rasullulah s.a.w kemudiannya mengarahkan, "Ya Bani Salam, tetaplah di rumahmu! Nescaya kesanmu bakal terasa."

- Genap pada 15 Syaaban, dua tahun selepas Hijrah, Rasullulah s.a.w menerima wahyu untuk mengalih kiblat daripada menghadap Masjidul Aqsa ke Makkah Al-Mukarammah.

- Pada waktu tersebut, Rasullulah s.a.w sedang mengimamkan solat zuhur. Sejurus selepas menyempurnakan dua rakaat, Baginda menerima wahyu untuk mengalihkan pandangan kiblatnya ke arah Makkah.


Kelebihan Masjid Qiblatayn

- Tidak diriwayatkan sebarang kelebihan khusus dalam beribadah di masjid tersebut. 
0 comments

Masjid Quba


Sekilas Sejarah

- Masjid Quba merupakan masjid tertua di dunia yang telah dibina oleh Rasullulah s.a.w.

- Diriwayatkan oleh Ibn al-Qayyim r.a dlm kitab Zaad al-Ma'aad, Rasullulah s.a.w telah disambut mesra tatkala tiba di Madinah. Menurutnya, "Kaum muslimin melaungkan takbir, bergembira atas ketibaan Baginda dan telah keluar untuk bertemu dengannya. Rasullulah s.a.w bagaimanapun meneruskan perjalanannya dan hanya berhenti di Quba', antara masyarakat Bani 'Amr ibn 'Awf dan menetap bersama mereka selama 14 hari. Baginda kemudiannya membangunkan masjid Quba', yakni masjid pertama yang dibangunkannya selepas menjadi Rasullulah."

- Bersangkutan itu, sementara Masjidil Haram merupakan masjid pertama yang dibina untuk seluruh umat manusia oleh Nabi Ibrahim a.s, masjid Quba' dibina secara khususnya oleh masyarakat Muslimin bersama Rasullulah s.a.w.

- Rasullulah s.a.w telah menghabis masanya selama 14 hari di masjid tersebut untuk mengerjakan solat Qasr' sambil menunggu Ali r.a untuk tiba ke Madinah.

- Masjid tersebut telah melalui beberapa perubahan utama sehinggakan bentuk asal masjid tersebut tidak lagi kelihatan. Antaranya, masjid tersebut telah diperbaiki oleh Saidina Uthman ibn Affan serta Umar ibn Abdul Aziz. Masjid tersebut terakhir sekali diperbaiki pada tahun 1406H (1985). 

Kelebihan Masjid Quba

Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan bahawa Ibn 'Umar r.a melaporkan, "Rasullulah (s.a.w) sering ke Masjid Quba' pada setiap hari sabtu, sama ada dengan berjalan atau menunggang."

Imam Muslim walau bagaimanapun menambah, "Rasullulah (s.a.w) sering ke Masjid Quba' pada setiap hari sabtu, sama ada dengan berjalan atau menunggang dan mengerjakan solat dua rakaat."

Sementara itu, dalam Sahih Al-Tirmidhi, dilaporkan daripada Usayd ibn Zuhayr Al-Ansari, yakni salah seorang daripada sahabat Rasullulah (s.a.w) bahawa Rasullulah (s.a.w) bersabda, "Solat di Masjid Quba' sama seperti Umrah".

Hadith yang seiras turut telah dilaporkan dalam Sahih An-Nasaa'i. Menurut Imam An-Nasaa'i, "dilaporkan oleh Sahl ibn Hunayf bahawa Rasullulah (s.a.w) bersabda : Siapa yang keluar menuju ke masjid ini, masjid Quba' dan solat di dalamnya akan mendapat ganjaran pahala seperti umrah."

Sementara itu, menurut hadith yang diriwayatkan Ahmad ibn' Hanbal, An-Nasa'i, ibn Majah dan Hakim Al-Nishaburi, "Sesiapa yang mengambil wudhu di rumahnya lalu keluar solat di Masjid Quba akan mendapat ganjaran pahala seperti Umrah."



0 comments

Makkah Al-Mukarammah



Sekilas Sejarah


- Arab pada zaman jahiliah sebenarnya telahpun sedia mengenali sistem tauhid, yakni tradisi yang telah diajarkan kepada mereka oleh Nabi Ibrahim a.s. Hal tersebut walau bagaimanapun mula terhakis apabila segolongan besar daripada mereka menggunakan Ka'bah untuk menyimpan berhala-berhala selain bertingkah tidak bermoral dengan perjudian, pergadungan, perdagangan wanita dan hamba abdi dan meminum arak.

- Selepas berhijrah ke Madinah selama enam tahun, masyarakat Muslim telah membuktikan bahawa semangat mereka sebagai satu ummah tidak dapat dipecahkan lewat peperangan mahupun kekuatan tentera. Rasullulah s.a.w dan suku-suku di Mekah telah memulakan usaha untuk mendamaikan keadaan.

- Rasullulah s.a.w telah menghimpunkan sebuah rombongan untuk melawat Makkah. Namun demikian, mereka telah dihentikan sekitar Hudaibiyah. Selepas beberapa siri perundingan, kedua-dua pihak telah membuat perjanjian Hudaibiyah yang secara puratanya memberatkan masyarakat Makkah pada waktu tersebut. Antara inti pati perjanjian tersebut ialah :

1. Masyarakat Muslim bebas untuk memasuki Mekah sementara masyarakat Mekah bebas menggunakan laluan-laluan di tanah golongan Muslim untuk ke Syams.

2. Golongan Muslim harus menunggu masa setahun sebelum memasuki Makkah untuk sebarang urusan lagi.

3. Perjanjian itu bebas diikuti mana-mana suku asalkan mereka menempatkan diri mereka pada mana-mana pihak perjanjian.

4. Sesiapa yang telah berhijrah dan melarikan diri ke Madinah harus dipulangkan ke Makkah (tidak sebaliknya)

- Perjanjian tersebut walau bagaimanapun telah dilanggar pihak Makkah apabila mereka telah melakukan serangan terhadap golongan Muslim sekitar dua tahun selepas perjanjian dibuat. Rasullulah s.a.w kemudiannya telah mengumpulkan satu rombongan besar Muslim untuk memasuki kota Makkah. Perihal tersebut telah memeranjatkan masyarakat Makkah yang tidak menjangkakan hal tersebut. Baginda kemudiannya mengisytiharkan kemaafan terhadap mereka yang bersalah. Hal tersebut telah memeranjatkan masyarakat Mekah. Hasilnya, kebanyakan daripada mereka telah memasuki Islam. Rasullulah s.a.w telah pulang ke Madinah tidak lama kemudian.

Kelebihan Kota Makkah


1. Tempat dibangunnya Baitullah (Ka’bah), dan dibolehkan solat sunnah pada waktu-waktu terlarang (HR. Abu Dawud).

2. Tempat kelahiran manusia sempurna (utusan Allah) Nabi Muhammad SAW.
Kehadiran beliau di muka bumi merubah dunia dari kegelapan menjadi bercahaya dengan sinarnya. Merupakan kewajiban bagi umatnya menziarahi beliau baik yang dekat maupun yang jauh jika mampu.

3. Tempat yang suci daripada orang-orang bukan Muslim, kerana tidak diperbolehkan
bagi non-Muslim masuk ke dalamnya berdasarkan teks yang sangat jelas. Bagi kaum muslimin yang memasukinya harus benar-benar khusyu’, tawadhu’ serta meninggalkan bentuk pakaian dan jabatan serta perhiasan dunia.

5. Tempat yang aman bagi siapa saja yang memasukinya, dan diharamkankan saling membunuh di dalamnya (perang) atau memasukinya dengan membawa senjata.

6. Tempat yang mendapatkan dispensasi bagi orang-orang yang bertaubat, dan mendapatkan pengampunan, serta dilipatgandakan bagi yang beramal sholih.

7. Satu-satunya tempat yang disyariatkan thawaf (keliling Ka’bah). Thawaf juga termasuk penghapus dosa dan kesalahan dan dicatat sebagai amal kebaikan, bahkan pahalanya diibaratkan memerdekakan seorang kanak-kanak (Riwayat Al Hakim , Al Mustadrok Ala Al Shohihain).

8. Allah tidak memerintahkan untuk berkunjung ke mana pun kecuali tiga masjid, iaitu Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi, serta Masjidil al-Aqsha (HR. Al Bukhari).

9. Satu-satunya kiblat umat Islam dari seluruh penjuru dunia dan tidak ada tempat yang diperintahkan untuk melambai (ke arahnya) kecuali Hajar Aswad. Dengan kecupan bisa melunturkan dosa-dosa yang melekat dalam jasad dan hati manusia. (HR. At Tirmidzi)

10. Makkah juga tempat beribadah yang digandakan semua bentuk ibadah menjadi seratus ribu kali dari yang dilakukan di luar kota Makkah (HR. Al Bukhari).

11. Tidak diperbolehkan membelakangi Ka’bah ketika buang hajat sebagai tanda keagungan Baitullah al-Haram.

12. Malaikat selalu menjaga setiap saat, agar tidak disinggahi Dajjal dan pengikutnya.

13. Terdapat Zam-zam. Mata air ini mengalir sepanjang musim, baik musim hujan, panas, atau dingin. Keberadaannya melengkapi keistimewaan lain kota Makkah selain keberadaan Rasulullah, Ka’bah dan al-Qur’an. Terdapat Baitullah yang begitu indah dan agung yang dikelilingi malikat, jin dan manusia siang dan malam sepanjang zaman. Tempat diturunkanya wahyu yang dibawa langsung oleh Jibril AS, serta terdapat mata air yang sangat jernih kaya dengan mineral yang memanacar disudut ka’bah. Begitulah Makkah, ia akan selalu suci dan disucikan Allah walupun manusia jauh dari perintah-Nya.

14. Makkah menjadi tempat turunnya wahyu (al-Qur’an). Allah juga memilih Makkah sebagai tempat istimewa dalam penanaman akidah serta perjuangan Nabi selama tiga belas tahun dalam mendidik para sahabatnya sehingga menjadi generasi pertama Islam di bawah bimbingan Rasulullah SAW.

Tempat-Tempat Mustajab di Makkah Al-Mukarammah



    1. Multazam
    2. Hijr Ismail
    3. Belakang Makam Ibrahim
    4. Bawah Pancuran Emas
    5. Atas Bukit Safa
    6. Atas Bukit Marwah
    7. Sepanjang tawaf
8. Sepanjang saie
0 comments

Madinah Al-Munawarrah


Sekilas Sejarah

- Madinah turut dikenali sebagai 'Madinatun Nabi' ataupun Madinatul Munawwarah. Demikian halnya walau bagaimanapun, kota tersebut dikenali pada zaman Rasullulah s.a.w sebagai Kota Yathrib serta berada sekitar 450 km dari Makkah.

- Sewaktu Rasullulah s.a.w berhadapan dengan tentangan yang kuat di Mekah, kaum Muslimin telah diberikan perlindungan oleh masyarakat Yathrib. Peristiwa tersebut kian dikenali sebagai 'hijrah' serta berlaku pada tahun 622 AD.


- Kota tersebut hanya mula dikenali sebagai Madinah atau Madinatul Nabi selepas ketibaan Rasullulah s.a.w. Ekoran peristiwa tersebut, Madinah telah menjadi pusat perkembangan ketamadunan Islam di negara yang kian dikenali sebagai Arab Saudi.



Kelebihan Kota Madinah

1. Madinah terhindar dari penyakit tha’un 

Tha’un merupakan wabak penyakit yang mampu memusnahkan sesebuah kota. Walaupun demikian, Rasullulah s.a.w pernah menjamin bahawa Kota Madinah bebas dari penyakit tersebut. Selain hal tersebut, andai dikaitkan dengan virus Mers CoV yang telah menghantui segenap jemaah sekitar tahun 2012, penyakit tersebut tidak sampai ke kota Madinah biarpun telah menjejas kota Riyadh.

2. Dajjal tidak akan Masuk ke Madinah

“Di penghujung Madinah ada para malaikat, Ta’un dan Dajjal tidak akan masuk.” (HR. Abu Hurairah)

Dajjal dapat muncul untuk membuat kerosakan di muka bumi kecuali dua tempat utama, yakni Mekah dan Madinah. Dijelaskan juga dalam sebuah hadis bahwa setiap jalan-jalan di Madinah mempunyai malaikat sebagai penjaga. Malaikat Allah ini menjaga Madinah dari Dajjal.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Di setiap jalan-jalan Madinah itu terdapat malaikat (yang menjaga) agar tidak dimasuki wabak penyakit dan Dajjal. Al Masih (Dajjal) datang dari arah timur, tujuannya Madinah sampai dia berhenti dibelakang bukit Uhud. Kemudian malaikat memutar mukanya (tujuannya) ke arah Syam dan di situ dia binasa (mati)”

3. Madinah Adalah Tempat Yang Penuh Barakah dan Kebaikan

Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit r.a, dari Nabi s.a.w, beliau bersabda tentang kota Madinah:

"Ia Thaibah, iaitu Madinah. Ia menghilangkan segala keburukan sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada perak." (HR. Muslim)

Nabi Muhammad SAW pernah mendoakan agar Allah SWT membersihkan Madinah serta menjauhkan kota ini dari segala macam bentuk penyakit.

Dari 'Aisyah r.a berkata, "Kami tiba di Madinah ketika kota tersebut dilanda wabak penyakit sehingga Abu Bakar dan Bilal mengeluh. Ketika Rasulullah s.a.w menyaksikan keluhan para sahabatnya, beliau berdoa:

" Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada Madinah sebagaimana Engkau membuat kami mencintai Makkah, bahkan lebih besar lagi, bersihkanlah lingkungannya, berkatilah untuk kami dalam setiap sha` serta mudnya (sukatan) dan alihkanlah wabak penyakit (Madinah) ke daerah Juhfah." (HR. Muslim)

"Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Makkah dan mendoakan penduduknya dan sesungguhnya aku mengharamkan Madinah sebagaimana Ibrahim telah mengharamkan Makkah. Dan sesungguhnya aku juga berdoa agar setiap sha` dan mudnya diberkahi dua kali lipat daripada apa yang didoakan Ibrahim untuk penduduk Makkah." (HR. al-Bukhari dan Muslim)

4 Jaminan Syafaat Bagi Orang yang Menanggung Kesusahan di Madinah dan Meninggal di Dalamnya

Ternyata begitu banyak keutamaan yang didapatkan ketika seseorang meninggal di Madinah. Ini menjadi sebuah kehormatan bagi manusia yang berziarah kemudian meninggal di dalamnya.  Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang mampu hidup sisa-sisa terakhir usianya di Madinah, maka hendaklah dia meninggal di sana, kerana aku memberi syafaat pada orang yang meninggal di sana.”( HR. Tirmizi dan Ahmad)

"Tidaklah seseorang yang tetap tinggal (di Madinah), bersabar dengan cubaan dan kesukarannya lalu meninggal di sana, melainkan aku akan memberi syafaat dan menjadi saksinya pada hari kiamat, jika ia seorang muslim.”(HR. Muslim)

Dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'Anhuma, ia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

"Siapa bersabar dengan  kesukaran di Madinah, maka aku akan memberi syafaat atau menjadi saksi untuknya pada hari Kiamat." (HR. Muslim)

Tempat-Tempat Mustajab di Masjid Nabawi

  1. Berhadapan Maqam Nabi 
  2. Mihrab nabi dalam Raudhah 
  3. Tiang Saiyidatina Aishah ra. 
  4. Tepi Mimbar - dalam Raudhah 
  5. Tiang Taubat 
  6. Tiang Saiyidina Ali r.a 
  7. Seluruh Raudhah 
  8. Mahbatul Wahyu - Tempat turun wahyuantara maqam dengan tembok yang ada pintu Jibril 
  9. Mihrab Tahajjud belakang maqam 
  10. Seluruh kawasan lama Masjid Nabawi zaman Nabi saw





0 comments
 
Support : Copyright © 2015. Pelita Kalam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger