Featured Post Today
print this page
Latest Post
Showing posts with label Sejarah (Umrah). Show all posts
Showing posts with label Sejarah (Umrah). Show all posts

Kubur Baqi'



Sekilas Sejarah

- Perkuburan Baqi' terletak sekitar Masjidil Haram. Imam Muslim r.a. menjangkakan jumlah sahabat-sahabat Rasullulah s.a.w yang dimakamkan di perkuburan tersebut sebagai sekitar 10,000 orang. Antaranya termasuklah sahabat-sahabat Rasullulah s.a.w, isteri-isterinya, anak-anaknya, saudara-maranya dan Khalifah Ketiga Islam, Saidina Uthman r.a. Imam Muslim r.a. malah turut dimakamkan di situ.

- Antara isteri-isteri Rasullulah s.a.w walau bagaimanapun, hanya Saidatina Khadijah r.a semata yang disemadikan di Jannatul Maula, Mekah.

- Perkuburan tersebut dahulunya dapat dianggap sebagai berada di luar kawasan Madinah Al-Munawwarah. Namun demikian, atas dasar kerja-kerja perluasan kawasan Masjid, kubur Al-Baqi' kini berada di samping Masjidil Nabawi.

- Ahli-ahli kubur Baqi bakal menjadi golongan pertama yang dibangkitkan di akhirat kelak.

- Semua makam di situ tidak bertanda.

- Perkuburan Baqi' dahulunya pernah dipenuhi kubah-kubah besar sebagai penanda makam. Walau bagaimana pun, pemerintah Saudi telah menghancurkan tanda-tanda tersebut sekitar tahun 1925.

- Kaum wanita tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan perkuburan.
0 comments

Jamrah



Sekilas Sejarah

- Ibadah melontar Jamrah merupakan antara kewajiban ibadah Haji dan dikenali dalam bahasa Arab sebagai 'Ramiyat Jamrat' atau رمي الجمرات‎‎. 
- Ibadah tersebut mengingatkan peristiwa Haji yang dilakukan Nabi Ibrahim a.s yang diiringi Malaikat Jibril a.s.
- Menurut Kitab Akhbar Makkah oleh Al-Azraqi :
"Apabila dia [Nabi Ibrahim] meninggalkan Mina dan dibawa ke (laluan yang sempit di celah-celah bukit yang dipanggil) al-Aqabah, syaitan memunculkan dirinya di tempat longgokan batu besar di situ. Jibril berkata kepadanya beliau: "Rejamlah dia!" maka demikianlah Ibrahim melemparkan tujuh batu kepadanya sehingga ia hilang. Kemudian dia menampakkan diri kepada beliau di longgokan batu sederhana. Jibril berkata kepada beliau: "Rejamlah dia!" maka beliau melemparkan tujuh batu kepadanya sehingga ia hilang. Kemudian ia menampakkan diri kepada beliau di longgokan batu kecil. Jibrail berkata kepada beliau: "Rejamlah dia!" maka beliau melemparkan tujuh batu seperti batu kecil untuk dibaling menggunakan anduh. Maka, syaitan pun pergi daripada beliau."
- Jemaah Haji harus melemparkan batu-batu kerikil ke arah tiga tiang utama yakni Jamratul 'Ula atau Sughra, Jamratul Wusta, dan Jamratul Aqabah atau Kubra.
- Tiang-tiang tersebut pada awalnya merupakan tiga tiang yang besar. Namun, pada 2004, pihak kerajaan Saudi telah menggantikan tiang tersebut dengan tembok-tembok besar yang berukuran 26 meter memandangkan jemaah Haji kadangkala tidak sengaja mencederakan jemaah-jemaah lain tatkala melontar jamrah. Sebuah jembatan besar dinamakan Jisrul Jamrah telah dibina bagi membolehkan jemaah untuk melontar dari aras yang lebih tinggi.
- Ibadah ini merupakan ibadah yang paling membahayakan dan telah menyaksikan beberapa kejadian yang tidak diingini. Antaranya termasuklah rempuhan Haji pada tahun 2006 yang telah meragut hampir 346 nyawa di samping mencederakan sekitar 298 orang. 
- Insiden terakhir adalah pada 24 September 2015 yang telah meragut sekitar 2411 nyawa.
0 comments

Jabal Nur


Sekilas Sejarah
- Jabal Nur merupakan gunung di daerah Hijjaz, Mekah. Gunung tersebut merupakan antara tarikan pelancongan di Mekah.
- Jabal Nur mengandungi Gua Hira, yakni tempat pertama Rasullulah s.a.w telah menerima wahyu daripada Allah s.w.t lewat Malaikat Jibril a.s. 
- Masa yang diambil untuk mendaki ke gua tersebut adalah sekitar 2 jam.
- Rasullulah s.a.w dikatakan telah menerima banyak mimpi-mimpi yang indah dan menenangkan selama enam bulan sebelum menerima wahyu pertama. Antaranya termasuklah mimpi bahawa batu-batu di Mekah telah memberikan salam kepadanya. 
- Rasullulah s.a.w gemar ke gua tersebut untuk bersendiri untuk bertahannuts atau uzlah. Tahannuts bererti mengasingkan diri untuk mensucikan diri kepada Ilahi. Baginda turut melakukan hal tersebut untuk bermuhasabah diri dan menjauhi amalan-amalan Jahiliyah seperti meminum arak, berjudi dan sebagainya. 
- Sejurus selepas itu, seandainya Baginda terpaksa pulang untuk mencari makan dan minuman, Baginda akan bertawaf di Kaaba sebanyak tujuh pusingan sebelum pulang.



0 comments

Mash'arul Haram (Muzdalifah)



Sekilas Sejarah

- Muzdalifah merupakan dataran terbuka antara Mina dan Arafah serta berdiri antara lembah Muhassar serta pergunungan Ma'zamayn.

- Merupakan antara empat tempat-tempat yang terpenting sewaktu melakukan ibadah Haji.

- Muzdalifah berasal daripada tiga perkataan utama, yakni 'zul', 'la' dan 'fah' yang bererti 'untuk mendekati sesuatu'.

- Menurut Ibn Qudamah r.a, "Al-Muzdalifah mempunyai tiga buah nama, yakni Muzdalifah, Jam' dan Masharul Haram. " Sedangkan seseparuh ulama mentafsirkannya sebagai gunung di Muzdalifah yang bernama Quzah, Ata r.a. mentafsirkan Masharul Haram untuk merujuk kepada seluruh kawasan Muzdalifah. 

- Gunung tersebut walau bagaimanapun kian telah dihancurkan sebelum dibina masjid di atas tapak tersebut.

- Menurut Saidina Aisya r.a, dilaporkan oleh masyarakat jahiliyah Quraisy serta mereka yang bersepakat dalam perihal keagamaan dengan mereka telah bermalam di Muzdalifah dan menamakan diri mereka sebagai Hums sedangkan golongan Arab yang lainnya telah bermalam di 'Arafah. Dengan kedatangan Islam walau bagaimanapun, Allah s.w.t mengarahkan Rasullulah s.a.w untuk datang ke 'Arafah untuk bermalam di sana sebelum kemudiannya bertolak dari sana (ke Muzdalifah). Hal demikian telah disebutkan dalam firman-Nya, "Kemudian bertolaklah kalian dari tempat bertolaknya ramai orang (Arafah) dan mohonlah keampunan kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang." (Al-Baqarah : 199) - Hadith Sahih Muslim

- Pada malam kesembilan bulan Zulhijah, yakni selepas terbenamnya matahari tanpa mengerjakan solat Maghrib, jemaah akan meninggalkan Muzdalifah sambil membaca Talbiyah secara tenang dan berwibawa (Sahih Muslim). Sejurusnya selepas sampai Muzdalifah, kerjakan solat Maghrib dan Isya' secara jamak dengan satu Azan dan dua Iqamat serta mengerjakan tiga rakaat maghrib dan dua rakaat Isya'. Bermalamlah di Muzdalifan dan kerjakan solat Subuh pada 10 Zulhijah secepat mungkin.

- Seandainya terdapat kesukaran bagi perjalanan ke Masharul Haram, jemaah dapat membuat doa di mana sahaja dia berada kerana Rasullulah s.a.w sendiri berdiri sedemikian dan keseluruhan daerah Muzdalifah merupakan tempat berdiri. Jemaah walau bagaimanapun harus memandang ke arab kiblat dan mengangkat tangannya sewaktu berzikir mahupun berdoa.







0 comments

Tana'im



- Tana'im merupakan miqat yang terdekat dengan Masjidil Haram, yakni sekitar 5km dari Al-Haram.

- Masjid Tana'im terkenal dengan nama Masjid Siti Aisyah r.a. Hal tersebut bersempenakan peristiwa Saidatina Siti Aisyah r.a yang mengalami haid sehinggakan tidak dapat menyempurnakan umrah bersama-sama rombongannya.

- Peristiwa tersebut berlaku sekitar tahun 10 Hijrah, iaitu pada Haji Wada' yang dilakukan Rasullulah s.a.w. Diriwayatkan bahawa ketika dalam haid, Saidatina Aisyah r.a dapat melakukan kesemua rangkaian umrahnya kecuali ibadah tawaf ifadah (tawaf ziarah). Sejurus setelah suci, Aisyah r.a meminta restu untuk melakukan tawaf. Aisyah r.a berkata : “Anda semua telah mengerjakan umrah dan haji, sedangkan aku hanya mengerjakan hajinya saja.”

- Lalu Rasulullah memerintahkan Abdurrahman bin Abi Bakar (saudara laki-laki Siti Aisyah) untuk mengantarkannya ke Tana'im untuk melakukan ibadah umrah, yakni setelah mengerjakan haji pada bulan Dzul Hijjah.”

- Tempat ini juga menyaksikan kisah menarik pada zaman perjuangan Nabi s.a.w. Diriwayatkan, terdapat dua orang sahabat Nabi yang terkenal dengan kegigihan dan keberaniannya. Mereka adalah Zaid bin ad-Datsinnah dan Hubaib bin Adiy r.a. Kedua sahabat ini bersama kawan-kawanya mendapat perintah Nabi untuk menyamar dan mengintai. Namun kehadiran mereka telah diketahui musuh sehingga semua, kecuali mereka berdua, ditangkap dan dibunuh menjadi syahid.

- Kedua-dua sahabat Nabi ini dibiarkan hidup, namun dipaksa kembali menganuti agama asal mereka. Mereka walau bagaimanapun enggan membelakangi agama Islam dan telah dibunuh. Zaid bin ad-Datsinnah dibawa keluar dari Tanah Haram dan dibunuh di Tana'im oleh Umayyah bin Khalaf. Kegigihan Zaid dalam mempertahankan akidah Islamiyah serta kecintaanya terhadap Rasulullah s.a.w. disebutkan Abu Sufyan r.a. “Dari semua orang, aku belum pernah melihat orang yang mencintai seseorang seperti cintanya sahabat-sahabat Muhammad terhadap Muhammad.”
0 comments
 
Support : Copyright © 2015. Pelita Kalam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger